Coretan Hidup~Kesunyian Malam
Kesunyian Malam~
Malam yg sepi
Malam yg tenang
Malam yg membuatkan kita rasa bersyukur dgn nikmat yg masih diberikan-Nya..
Malam yg menjadikan kita peka akan apa yg berlaku antara diri sendiri dan kita sendiri..
Menjadikan kita lebih bermuhasabah dalam apa yg kita lakukan..
Malam memberikan kita kesempatan untuk refleksi kembali terhadap diri
kita sendiri..
Membuatkan kita sedar kita masih boleh berfikir bila-bila masa tak kira waktu..
Tidak seperti org lain yang jauh tinggal di kawasan peperangan..
Berdepan dgn musuh tak kira waktu
Tiada kesempatan untuk mereka berfikir selama yang mungkin..
Mereka harus tangkas dan ligat memikirkan segala idea,persediaan,
perancangan..
Mereka harus bertindak pantas demi org yang mereka sayang & demi orang yang disayangi mereka..
Tak kira siang ataupun malam..
Mereka masih memperbaiki segala kekurangan yg ada..
Berbeza pula kita disini..
Adakah kita memperbaiki kesalahan kita atau membiarkan saja agar masa yg menentukan segalanya?
Adakah kita sedar bahawa masa tidak akan sesekali menunggu kita?
Masih mahukah kita dibelenggu kisah silam yg penuh dgn lorong hitam tanpa memikirkan cara untuk melenyapkannya? Tidakkah kita sedar bahawa kita jauh tersasar dari landasan yg sepatutnya?
Malam..
Yg sepi.. Yang membuatkan aq sedar siapa diriku ini..
Membuatkan aq kembali ke dunia yg nyata dan realiti..
Andai aq diberi pilihan untuk hidup dgn penuh kemanisan tetapi jauh tersasar dari pusat lapangan,
Aq lebih rela untuk tidak memilihnya.
Aq lebih tekad memilih jalan yg berliku dan penuh curam asalkan aq tak terkeluar dari landasan hidupku..
Malam...,
Biarlah aq hidup tanpa kemanisan di dunia asalkan aku dijanjikan kemanisan di nun sana yg jauh kekal abadi..
~cr to:shahaz
Comments
Post a Comment